Dengan ciri dan kemas kini baharu yang ditambahkan sepanjang masa, anda mungkin terlepas cara yang berguna dan menarik untuk menggunakan WhatsApp.
Status WhatsApp sentiasa menjadi cara untuk berkongsi detik kehidupan dengan rakan dan keluarga—tetapi sempurnakah detik itu tanpa runut bunyi yang sesuai? Sekarang, anda boleh melakukan perkara itu dengan menambahkan muzik pada kemas kini Status anda.
Anda meminta perkara tersebut. Ini dia! Kami memperkenalkan tema sembang, supaya anda boleh menjadikan sembang anda unik dengan gelembung sembang berwarna-warni dan hias latar baharu.
Kami sentiasa berusaha untuk menjadikan WhatsApp lebih mudah digunakan dan lebih menyeronokkan, maka kami berasa teruja untuk memulakan tahun baharu dengan pelbagai ciri baharu dan penambahbaikan reka bentuk.
Menambah baik panggilan di WhatsApp
Penghantaran mesej suara menjadikan hubungan dengan rakan dan keluarga lebih peribadi. Terasa istimewa apabila mendengar suara orang yang anda sayangi walaupun anda berada jauh. Walaupun kadangkala anda sedang dalam perjalanan, di tempat yang bising, atau anda menerima mesej suara yang panjang yang anda tidak boleh sekadar berhenti dan mendengar. Untuk detik itu, kami teruja untuk memperkenalkan transkrip mesej suara. Mesej suara boleh ditranskripsikan kepada teks untuk membantu anda mengikuti perbualan tidak kira perkara yang sedang anda lakukan.
Dengan Senarai, anda kini boleh menapis sembang anda dengan kategori tersuai pilihan anda. Sama ada senarai itu untuk keluarga, tempat kerja atau kawasan kejiranan tempatan anda, Senarai membantu anda memfokuskan perbualan yang paling penting, apabila diperlukan.
Apakah yang lebih penting daripada menghantar mesej? Sudah tentu orang yang anda hantarkan mesej itu. Hari ini, kami memudahkan kerja menambah dan menguruskan kenalan anda secara peribadi di WhatsApp, daripada mana-mana peranti yang mungkin anda gunakan.
Status WhatsApp ialah cara terbaik untuk kekal berhubung dengan rakan dan keluarga dan kini kami menjadikan Status WhatsApp lebih baik. Dengan status suka, sebutan peribadi dan keupayaan untuk berkongsi semula status yang anda sebut, kami memudahkan untuk menjangkau orang yang paling penting.